Cinta Hanya Untuk Suami, Isteri, takkan dapat dikongsi
- Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa perlu menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbang ia jadi tawar & hambar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan.
- Bahaya Cinta Sebelum Kahwin.
Pasti diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
Menyibukkkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya bagi melupakanku daripada-Nya.
Hati akan terseksa dengan barah rindu.
Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
Cinta lalai akan membuatkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
Aku boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh jiwa, akal & perasaan.
Jiwaku terganggu akan menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
Jika aku & dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
- Tips Menepis Cinta Remaja
"Kalau suka, jumpalah ibubapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tidak bersedia. kalau tidak bersedia kenapa hendak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Berazamlah membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."
- Seorang penyair Arab berkata:
Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang bak air yang tenang,
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia ke dalamnya, tak tertolong lagi.
- CINTA ni kalau tidak datang lagi janganlah sesekali cari atau cuba-cuba nak dekatinya. Kerana bila mana kita sudah jatuh cinta bahananya amat besar jika tidak dijaga mengikut batas syariat Islam. Dan jika sudah terjebak dalam CINTA ni, jagalah ia sebaik-baiknya mengikut batas syariat. Kerana jika sekali kita tersilap langkah, kita akan sukar mencari jalan pulang. Natijahnya, ia akan melalaikan hati dan diri akan terbuai dengan keasyikkan CINTA. Akhirnya, hati kita akan berkarat, semakin tebal dengan titik hitam dan rosak. Apa yang paling dirisaukan jika hati kian layu & mati..Nauzubillah. Apa yang terjadi bila hati mati? Kita tidak merasa nikmat solat, tahajud mungkin bertambah kurang atau tinggalkan langsung, ilmu tidak meninggalkan kesan lagi di dalam hati. Bahayanya la penyakit hati ini. Gerun terasa di hati =(
- Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal dalam bukunya 'Aku Terima Nikahya', sesuatu kejahatan yang kita lakukan mendatangkan keresahan dijiwa, dan kebaikan yang kita lakukan akan mendatangkan ketenangan hati.
- Minda mula menafsir, jika kita sering was-was dan gelisah dengan sesuatu tindakan kita, bermakna lebih baik kita bermujahadah dan tinggalkannya. Namun bermujahadah ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah, ia perlukan pengorbanan yang jitu.
Marilah kita bersama-sama bermuhasabah..
"Ya Allah sesungguhnya aku sangat kerdil dan hina disisi-Mu ya Allah, Engkau tetapkanlah aku di jalan perjuangan-Mu ini, Engkau peliharalah aku dari sebarang kemungkaran dan penyakit hati ya Allah..Hanya Engkaulah Tuhan Maha Perkasa dan tempat aku berteduh mengharapkan keampunan dari-Mu. Engkau peluklah hati dan jiwaku ini dalam rahmat kasih-sayang-Mu. Aku amat dambakan cinta & kasih-sayang-Mu walaupun aku tidak layak."..Amin ya rabbala'lamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan